Seorang bekas ketua hakim negara mendakwa, kejatuhan reputasi SPRM bermula selepas kerajaan melantik "ahli politik aktif" menjadi ketuanya.
Mohamed Raus Sharif berkata, kebebasan dan sikap tidak berpihak agensi itu tidak lagi dapat dipertahankan apabila wujud campur tangan politik di dalamnya.