Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata calon penggantinya mestilah individu yang berpendidikan tinggi serta mampu mendampingi masyarakat berbilang kaum yang mempunyai latar belakang ekonomi yang berbeza di kawasan itu.
Selain itu, calon itu juga harus mampu mewakili DAP dengan baik di Bangi memandangkan kawasan itu mempunyai antara bilangan pengundi terbesar di Malaysia.
Ong yang enggan mendedahkan siapa bakal penggantinya di Bangi bagaimanapun memaklumkan calon tersebut bukan tergolong di kalangan wakil rakyat.