Doktor pakar turut terlibat dakwaan kes buli, siasatan masih berjalan - Khairy

2022-05-12 3

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan telah menerima senarai nama doktor yang didakwa terlibat dalam kes buli di hospital kerajaan yang diserahkan oleh beberapa exco kerajaan negeri.

Menurutnya senarai tersebut turut melibatkan doktor-doktor pakar namun setakat ini mereka masih belum digantung tugas kerana dakwaan tersebut perlu disahkan dan disiasat terlebih dahulu.