Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, sebarang tindakan yang akan diambil ke atas pihak yang terlibat dalam dakwaan kes buli terhadap doktor pelatih dan doktor muda di hospital-hospital kerajaan perlu melalui siasatan yang telus.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Khairy berkata dia juga berpendirian untuk tidak membuat terlalu banyak kenyataan mengenai perkara itu kerana kes tersebut tidak sepatutnya diadili di media sosial.