Rafizi tidak terlibat dalam proses buat keputusan parti, kata Saifuddin

2022-05-11 2

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak menjadi sebahagian daripada proses membuat keputusan secara kolektif di dalam parti dan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan Rafizi berhubung rundingan di antara PH dengan ahli Parlimen di luar gabungan itu bagi mendapatkan sokongan untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Katanya, rundingan mendapatkan sokongan itu juga tidak dirahsiakan daripada umum dan PH memilih untuk bergerak ke hadapan apabila usaha tersebut akhirnya tidak berjaya.

Free Traffic Exchange