Budaya 'takut' beri kesan pada doktor muda, terdedah pada stigma

2022-05-10 206

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan mengkaji punca yang menyebabkan doktor muda terdedah kepada stigma tertentu seperti enggan mendapatkan bantuan berhubung tekanan yang berlaku di tempat kerja.

Mengaitkan isu itu dengan 'budaya ketakutan', Presiden MMA Dr Koh Kar Chai, berkata ia wujud dalam sistem sedia ada yang melatih para doktor di negara ini dan dikaitkan dengan pegawai tinggi di kementerian itu.

Sidang media MMA diadakan beberapa hari selepas seorang doktor pelatih ditemui maut dipercayai selepas jatuh dari bangunan Hospital Pulau Pinang pada 17 April lalu.