World #QuranHour tahun ini mengangkat tema 'dunia bersujud' sebagai usaha memperkukuhkan gelombang gerakan 'baca, faham dan amal Al-Quran' dalam kalangan masyarakat.
Program tersebut dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Ia turut mendapat kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karangkraf Medicare Sdn Bhd, rumah ngaji, sahabat Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.