Kes Bella: 'Dakwaan Suhakam tak berbuat apa-apa tidak benar'

2022-04-20 3

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menafikan bahawa pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan dalam kes dera remaja perempuan sindrom Down bernama Bella.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Noor Aziah Mohd Awal berkata, pihaknya antara lain telah menghantar tujuh peguam pemerhati dalam perbicaraan kes tersebut dan menghantar 22 surat kepada kementerian dan agensi kerajaan.

Sumber video: https://fb.watch/cvvE1jx60J/