Ketika ditanya jika dia masih akan menjadi 'poster boy' bagi Pakatan Harapan atau calon perdana menteri untuk PRU15, pengerusinya Anwar Ibrahim berkata setakat ini tiada perubahan mengenai perkara itu.
Bagaimanapun ketua pembangkang itu menegaskan, ia bukan satu keutamaan bagi gabungan itu ketika ini.