Syamsul Debat, Dusuki antara penceramah di S'ngor ditarik tauliah mengajar?

2022-04-08 23

Beberapa nama penceramah terkenal yang lazim dengan gaya penyampaian 'garang' kini tidak lagi dibenarkan memberi kuliah agama di sekitar Selangor.

Ini selepas tauliah mengajar mereka ditarik balik oleh majlis agama Islam negeri itu.

Antara mereka yang terjejas ialah bekas calon PAS bagi DUN Kota Anggerik, Ahmad Dusuki Abd Rani, penceramah Nazmi Abdul Karim dan Syamsul Amri atau lebih mesra disapa sebagai Syamsul Debat.