Dua Adun Perak telah menulis surat rasmi kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak (PAC) bagi menyiasat isu penjualan tanah negeri yang telah diperuntukkan bagi pembangunan Lapangan Terbang Seri Iskandar.
Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing dan Adun Keranji Chong Zhemin dalam sidang media hari ini berkata, jawatankuasa itu perlu menyiasat perincian penjualan tanah di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan syarikat tersebut.
Sumber video: https://fb.watch/ccUbkAZvJU/