Menurut tinjauan BNPL suku ke empat 2021 oleh Researchandmarkets.Com..pembayaran Buy Now Pay Later BNPL di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 109.5% pada asas tahunan untuk mencecah AS$ 601.2 juta pada 2022.
Penggunaan pembayaran BNPL dijangka berkembang dengan stabil sepanjang tempoh ramalan, mencatatkan CAGR sebanyak 49.0% sepanjang 2022-2028.
Nilai barangan kasar GMV bagi bnpl di negara ini akan meningkat daripada AS$ 287.0 juta pada 2021 kepada AS$ 6.6 bilion menjelang 2028.
Tinjauan itu berkata pasaran BNPL akan meneruskan trajektori menaiknya dalam tempoh empat hingga lapan suku akan datang, memandangkan permintaan untuk perkhidmatan pembayaran tertunda dijangka meningkat dalam kalangan kedua-dua peniaga serta pengguna di negara ini.
Azhani Azman, Pengarah Jualan PayHalal