Kesatuan mahasiswa UM sedia jadi penganjur debat Najib-Anwar

2022-04-05 687

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) sedia menjadi penganjur debat di antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak berhubung isu Sapura Energy Bhd.

Kesatuan itu dalam satu kenyataan berkata, sebagai badan berkecuali mereka lebih sesuai untuk menganjurkan perdebatan berkenaan.