PKR perlu perbincangan lebih inklusif dengan DAP, Amanah - Pasukan Rafizi

2022-04-04 318

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebarang persetujuan yang dicapai DAP dan Amanah dengan parti di luar Pakatan Harapan (PH) perlu dibincangkan dengan PKR.

Ketika berkata demikian, Nik Nazmi merujuk kepada pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini yang menyaksikan calon DAP dan Amanah bertanding di bawah logo PH, manakala calon PKR menggunakan logo parti mereka sendiri.

Dia berkata demikian dalam dalam temu bual bersama dengan penyandang naib presiden PKR Chang Lih Kang di pejabat Malaysiakini, baru-baru ini.