Fitnah: Bekas pengarang TV3 tuntut MB Pahang, exco mohon maaf

2022-04-01 9

Bekas wartawan kanan Khaidir Ahmad menuntut permohonan maaf secara terbuka dan gantirugi RM3 juta daripada Menteri Besar Pahang, Wan Mohd Rosdy Wan Ismail dan exco kerajaan negeri Shahaniza Shamsuddin.

Dua lagi pihak yang dinamakan dalam surat tuntutan bekas ketua pengarang TV3 itu ialah Portal Berita PahangKu Media dan Ketua Pengarangnya Azam Abdul Rahman.