Nurulhidayah Ahmad Zahid berpandangan, seseorang pelajar tidak akan mengaibkan mana-mana pensyarah sekiranya mereka benar-benar jujur ingin mendapatkan ilmu.
Anak kepada Presiden Umno itu berkata demikian bagi mempertahankan seorang pensyarah UiTM yang dirakam memperlekehkan seorang pelajar kerana masih tidak memiliki komputer riba di semester lima.