Usul kerajaan tak lulus bukan sebab sabotaj, kata Lokman

2022-03-29 515

Lokman Noor Adam berpandangan, usul kerajaan yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin berhubung Sosma yang ditolak minggu lalu bukan akibat perbuatan sabotaj ahli-ahli Parlimen Bersatu.

Sebaliknya bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, ini kerana ahli-ahli Parlimen sendiri tidak menjangkakan akan berlaku sesi undi belah bahagi.

Ini terbukti katanya, apabila ramai ahli-ahli pembangkang termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak hadir ketika pengundian berlaku.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/702705564078637/