Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) digesa meneliti kontrak kepada syarikat telekomunikasi gergasi Sweden, Ericsson untuk melaksanakan rangkaian 5G di negara ini.
Gesaan itu dibuat oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil susulan pendedahan media mengenai urusan Ericsson di negara lain.