Sektor logistik China catat pertumbuhan yang stabil

2022-03-24 0

Data yang dikeluarkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) pada Khamis menunjukkan industri logistik China berkembang dengan stabil bagi empat bulan pertama tahun ini. Nilai logistik sosial bagi Januari hingga April dilaporkan mencecah 97.4 trilion yuan atau 63.3 trilion ringgit, meningkat 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.