Jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan semenanjung Gaza.
Baitulmaqdis adalah kota suci bagi tiga agama iaitu Islam, Judaisme dan Kristian menjadi rebutan di antara kedua-dua negara Palestin dan Israel dalam konflik berpanjangan yang berdekad lamanya.
Kita bersama Muslim Imran, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia bagi mendapatkan perincian dan penerangan serba sedikit tentang situasi yang berlaku disana.