PKP di Mukim Endau dan Triang bermula 20 April

2022-03-23 0

Selain itu kerajaan turut bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing, Johor berkuat kuasa 20 April sehingga 3 Mei nanti.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, pelaksanaan PKP di kedua-dua lokaliti ini diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi (28 hari) serta mengelak penularan kes ke lokaliti lain.