Hubungan diplomatik di antara Hungary dan Malaysia terjalin sejak 5 dekad lalu. Paling menarik ialah kerjasama pendidikan melalui Program Biasiswa Stipendium Hungaricum yang ditawarkan kepada pelajar pengajian peringkat siswa, siswazah dan lepasan ijazah sejak 2018. Sehingga kini lebih kurang 80 pelajar Malaysia mengikuti program biasiswa penuh Kerajaan Hungary ini. Lain-lain peluang dan kerjasama dua hala juga bakal dibincangkan buat julung kalinya dalam Mesyuarat Suruhanjaya Ekonomi Bersama Hungary – Malaysia tidak lama lagi. Ikuti temubual yang dirakamkan Rizal Zulkapli bersama, Dr Petra Ponevács-Pana, Duta Besar Hungary ke Malaysia membincangkan dimensi baharu hubungan dua hala Hungary - Malaysia dalam AWANI Global, Sabtu, 10 April jam 9.00 pagi di saluran 501 Astro Awani dan www.astroawani.com.