Moody’s: Kualiti aset bank-bank terbesar Malaysia lebih berdaya tahan

2022-03-23 0

Kualiti aset bank-bank terbesar di Malaysia lebih berdaya tahan terhadap gangguan ekonomi yang disebabkan oleh COVID-19 berbanding bank yang setara di Indonesia, Filipina dan Thailand.
Menurut Moody's Investors Service ketahanan ini, berserta penampan modal dan mudah tunai yang kuat, akan membolehkan bank-bank Malaysia memperoleh kembali keuntungan dengan lebih cepat berbanding rakan serantau yang lain.
Namun, adakah pinjaman diletakkan di bawah program bantuan akan menurun di Malaysia? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Penganalisis Moody's Investors Service, Tengfu Li.