Meskipun mengakui benci kepada Najib Razak (BN-Pekan), Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata dia tetap akan menjadi orang pertama yang menyuarakan bantahan jika bekas perdana menteri itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.
Katanya, ini kerana Sosma merupakan undang-undang zalim yang harus bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlu ditentang oleh sesiapa sahaja.