Vaksin COVID-19: Tiada kes kesan sampingan serius dilaporkan

2022-03-23 0

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, tidak ada kes-kes serius dilaporkan dalam kalangan 139,720 barisan hadapan yang menerima vaksin #COVID19 manakala kesan sampingan dalam kalangan komuniti pula tidak membimbangkan.

Kata beliau, kebanyakan aduan yang diterima adalah mengalami sakit-sakit di bahagian lengan.