'Kos pengambilan amah Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800'

2022-03-23 422

Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia ditetapkan sebanyak RM7,800 dengan RM6,000 kos di pihak Malaysia manakala RM1,800 di pihak Indonesia, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata penetapan kos itu adalah seperti yang dimuktamadkan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan P Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang ingin tahu kos secara terperinci.