Hilang kerja, buka kedai makan di kampung

2022-03-23 0

Hilang pekerjaan bukan penamat segalanya apabila pasangan suami isteri kembali bangkit membina kerjaya baharu di kampung halaman.

Azlinda Ramli, 27 tahun atau lebih mesra dengan panggilan Cik Su merupakan seorang tukang masak di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur terpaksa berhenti kerja selepas suami Mohamad Ashrah Ibrahim, 27 tahun yang bekerja sebagai pekerja kontrak binaan ditamatkan perkhidmatannya.

Mereka kini mengusahakan sebuah kedai makan diberi nama Warung Cik Su yang terletak di Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan.