Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030.
Pelan dengan agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga (KRT) itu adalah bagi meningkatkan keberkesanan inisiatif rukun tetangga.
Beliau pada masa sama berharap agar pelan tindakan ini dapat memperkasa peranan KRT di peringkat akar umbi menerusi kerjasama pihak kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.