Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kebenaran itu bagaimanapun menetapkan jumlah pengunjung dihadkan 25 peratus daripada kapasiti premis atau maksimum 250 orang.
Katanya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kepada Jawatankuasa Teknikal mengenai isu berkenaan.