Hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi 401,105 pelajar di seluruh negara pada Isnin berada dalam keadaan teratur dan berjalan lancar. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin dalam satu entri terbaharu di laman Facebooknya.