Kerajaan telah melakukan kesilapan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) terbarunya untuk perayaan Tahun Baru Cina minggu depan, menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Catatan terbaharu dalam akaun Facebooknya, Naib Presiden MCA itu menjelaskan, senarai yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu mesti ditarik balik dan diganti dengan versi yang disemak semula.