Iniasiatif kerajaan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) untuk mempercepatkan perlaksanaan kempen E-Dagang PKS, PKS Mikro dan "Shop Malaysia Online" disambut baik oleh pemain industri berkenaan.
Pengasas aplikasi E-Desa, Saiful Zahari Zakaria, 44 tahun menyifatkan ianya sebagai platform terbaik mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS secara atas talian dengan meliputi capaian yang lebih luas.