Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, KKM telah mengesan semua kontak rapat petugas yang positif COVID-19 di Shah Alam. Petugas kesihatan tidak bercampur dengan ICU-ICU lain atas sebab itu tidak pernah berlaku jangkitan di situ.
Tambah beliau, semua petugas kesihatan akan menjalani ujian secara berkala.