Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini mempunyai kuasa menahan individu yang disyaki melakukan kesalahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.