Kerajaan diminta meneruskan Skim Moratorium atau memperkenalkan bentuk kewangan yang lain sepanjang tahun 2021. Menurut Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irnohizam Ibrahim, ia bagi memberi ruang kepada rakyat menyusun semula rancangan kewangan mereka.