Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan perintah itu melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:
a. Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau
Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
b. Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah
negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah,
Terengganu dan Kelantan.
c. Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan
bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan
sepanjang tempoh tersebut.