Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat, khususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperincikan SOP ini.