Kerjasama antara antara UMNO Sabah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan kekal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 atau tidak, bergantung kepada persetujuan pembahagian kerusi.
Itu ketegasan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa rundingan antara kedua pihak akan tetap diadakan.