Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 Shah Alam telah siap sepenuhnya pada jam 9.00 malam tadi mengikut jadual ditetapkan. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air telah disalurkan kepada para pengguna yang terjejas bermula jam 9.30 malam tadi.