PKPD Flat Desa Bistari ditamatkan hari ini - Ismail Sabri

2022-03-22 0

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Desa Bistari, Batu Uban di Pulang Pinang akan ditamatkan hari ini, berbanding jadual asal 31 Disember.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan penamatan PKPD lebih awal bagi lokaliti itu dibuat hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).