COVID-19: Biden akan rangka pakej bantuan baru tahun hadapan

2022-03-22 0

Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengumumkan kerajaan barunya akan menambah pakej bantuan COVID-19 pada tahun hadapan termasuk pakej rangsangan ekonomi.
Pada sidang media pada Selasa, Biden mengatakan pakej bantuan 900 bilion dolar yang diluluskan oleh Kongres minggu ini adalah "langkah pertama dan kerajaan harus melakukan lebih banyak lagi".