Musim PKP memaksa ramai orang menjadi kreatif mencuba benda baru, apabila pergerakan dihadkan dan kita tidak lagi boleh melakukan rutin rutin lama.
Bagi anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Setar, masa terluang sewaktu PKP menyaksikan mereka menceburi bidang agrikultur.
Pisang, nenas, dan serai ditanam, malah ayam, ikan dan arnab turut diternak, semuanya di dalam kawasan balai bomba.