Jenazah tiga beradik yang maut dalam nahas kemalangan di kilometer 272.5 lebuhraya utara selatan arah utara, petang Rabu, tiba di kediaman datuk mereka di Taman Seri Jati, Melaka kira-kira jam 10 malam tadi.
Allahyarham Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7 tahun, Muhammad Lutfi Hakim, 3 tahun dan Muhammad Affan Hafiy berusia setahun, dibawa ke rumah keluarga bapanya, menggunakan tiga van jenazah selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh petang Khamis.