Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akur dengan keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pengisytiharan proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK bagi Parlimen Gerik, Perak dan Dun Bugaya, Sabah, selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.