Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Ia berlaku selepas dua percubaan pihak pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian diperingkat akhir jawatankuasa dan sebelum bacaan ketiga, gagal.
Menerusi kedua-dua undi belah bahagian itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan seramai 111 wakil rakyat menyokong, 108 tidak menyokong, sementara seorang tidak hadir.