Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 melalui undi suara.
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara tersebut selepas tiada 15 Ahli Parlimen berdiri memohon supaya belah bahagian dilakukan.