Taikun media Hong Kong dan pengkritik pentadbiran Beijing, Jimmy Lai tiba di mahkamah pada Sabtu, bagi menghadapi sabitan di bawah undang-undang keselamatan negara.
Beliau dituduh berkomplot dengan negara asing dengan menggesa kerajaan luar menyekat Hong Kong dan China sebagai tindak balas susulan tindakan Aktivis Pro Demokrasi di bandar raya itu.