Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara menyusut 0.5 peratus pada bulan Oktober 2020 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, kemerosotan IPP pada bulan Oktober 2020 disebabkan oleh penurunan signifikan 10.6 peratus dalam indeks perlombongan.