Polis sudah mengambil keterangan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, Syafiq hadir memberi keterangan di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, semalam.