Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri yang ingin mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sebelum ini, Peguam Sarah Abishegam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu memaklumkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Suhaila Haron turut menetapkan tarikh sama untuk mendengar semakan kehakiman Azilah.
Untuk perkembangan lanjut, terus sahaja bersama rakan setugas, Fauzi Suhaimi di Istana Kehakiman Putrajaya.